Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat Agung PRS Tahun 2011

Salam sejahtera semua...

Apa khabar hari ini? Mudah-mudahan kita semua sudah mendapat rehat yang cukup semasa tidur dan mempunyai tenaga yang banyak untuk meneruskan pekerjaan pada hari ini. Apa-apapun, yang paling penting adalah semangat untuk bekerja, kalau ada semangat, semua kerja pun beres. Betul kan? Hehe... Jadi ceria-ceriakanlah hidup pada hari ini, kerana kita perlu melakukan yang terbaik untuk hari ini, kerana esok ada kesusahannya sendiri.

Syukur kepada Ilahi kerana mesyuarat agung PRS SEMERAH II telah berjalan dengan lancarnya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh penyelaras PRS iaitu GBKSM En. Freddy Au. Beberapa agenda yang telah dilaksanakan, antaranya adalah:

1. Ucapan pengerusi
2. Pembentangan laporan tahunan.
3. Pengesahan minit/laporan tahunan
4. Pembubaran dan pelantikan AJK PRS tahun 2011
5. Pengesahan pelantikan baru
6. Menentukan yuran bulanan
7. Perancangan aktiviti tahun 2011
8. Hal-hal lain.

Semasa mesyuarat berlangsung, beberapa perubahan juga telah dibuat bagi tujuan penambahbaikan dan kemantapan UBK secara am, PRS khususnya. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi imej PRS di dalam sekolah agar is selari dengan tujuan asal penubuhan PRS. Mudah-mudahan dengan restu pentadbiran sekolah dan kerjasama di antara PRS dengan UBK, maka ini merupakan satu lagi pemangkin kepada membudayakan sekolah ini ke arah yang lebih baik dan positif. Harapan sekolah ini merupakan satu dorongan dan motivasi kepada semua ahli PRS tahun 2011. Mudah-mudahan.

Thursday, January 13, 2011

Program Orientasi Asrama SEMERAH II Tahun 2011

Salam sejahtera semua..!!!

Program orientasi asrama SMK Abdul Rahim II baharu sahaja melabuhkan tirainya pada 12 Januari 2011 (Rabu) selepas berlangsung selama 3 hari 3 malam.Program ini merupakan satu permulaan dan harapan baru kepada asrama SEMERAH II memandangkan sudah dua tahun berturut-turut program ini tidak dijalankan di sekolah ini. Maka harapan pihak UBK adalah agar semua pihak kembali bersatu untuk mengembleng tenaga bagi sama-sama membangunkan kejayaan asrama, khususnya kecemerlangan pelajar yang tinggal di asrama. Pihak UBK percaya bahawa pelajar asrama merupakan penyumbang utama kepada kejayaan sekolah khususnya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pihak UBK dan pentadbiran asrama mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada Tuan Pengetua yang begitu komited dalam program ini. Tidak lupa kepada ketua warden, penyelia asrama, warden-warden dan ramai lagi guru-guru lain yang sudi membantu program ini tidak kira siang atau malam. Mudah-mudahan program ini akan berjaya dilaksanakan lagi dalam tahun-tahun akan datang, selain membuat beberapa pengisian lain di asrama untuk sepanjang tahun ini.



Telur Cikgu G ~ Barang Amanah



Pelajar membuat persembahan


Pelajar tekun mendengar taklimat/ceramah



Peserta membuat regangan selepas mengikuti aktiviti subconciouss



Lambai-limbai :)



Upacara menandatangani Ikrar Aku Janji Pelajar asrama (duduk kiri wakil pelajar, duduk kanan pengetua) sambil disaksikan oleh ketua warden (kanan) dan warden.



Upacara penyerahan Ikrar Aku Janji kepada ketua warden



Pelajar asrama melontar tanda nama selepas tamat program orientasi

Sunday, January 9, 2011

Program Orientasi Tingkatan 1 SEMERAH 2 tahun 2011

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Selepas bertungkus lumus selama seminggu, akhirnya tamatlah sudah program orientasi tingkatan 1 ambilan tahun 2011. Unit Bimbingan & Kaunseling SEMERAH II mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas kerjasama dan jasa baik yang telah dicurahkan bagi melihat kejayaan program ini. Seronok melihat anak-anak kecil yang terpinga-pinga melangkah masuk ke dalam dewan, kelas dan di tempat-tempat lain. Mereka walaupun masib bersifat kebudak-budakan, namun antara sikap yang paling dipuji adalah berkenaan ketaatan, kerjasama dan tumpuan mereka yang cukup tinggi dalam berusaha untuk mengenali sekolah mereka. Sememangnya diakui bahawa tidak semua murid mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam UPSR semasa di sekolah rendah, namun sikap yang mereka tonjolkan harus dipuji kerana sekolah ini sebenanrnya memerlukan pelajar-pelajar yang mempunyai sikap seperti mereka. Mudah-mudahan mereka tidaklah bersikap seperti hangat-hangat tahi ayam, semoga sikap mereka ini menjadi taulana sepanjang mereka bergelar pelajar SMk Abdul Rahim II, Kudat.

Berikut merupakan beberapa aktiviti ringkas sepanjang program yang sempat dirakamkan :

 Latihan Dalam Kumpulan


 Indoor Games


 Latihan Dalam Kumpulan


 Taklimat oleh Cikgu Ahmad Shukri


 Permainan Gelas Atas Kepala


Freeze-freeze..!!

Wednesday, January 5, 2011

Azam di Tahun Baru

Selamat tahun baru 2011..!!

Rasanya belum terlambat untuk UBK Semerah II untuk mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua khusunya warga SMK Abdul Rahim 2. Semoga pada tahun baru ini, dengan azam yang baru, kejayaan kita akan bertambah lebih banyak lagi. Mudah-mudahan usaha ke atas tanggungjawab baru yang bakal dipikul akan mampu untuk diharungi dengan cemerlang.

Pada tahun baru ini, UBK Semerah II juga mempunyai beberapa azam iaitu mempertingkatkan lagi pencapaian dari sudut akademik dan juga kokurikulum, khususnya kepada seluruh warga Semerah II, dengan harapan sekolah ini akan memperoleh kejayaan yang lebih gemilang pada tahun ini.

Semoga berjaya kepada kita semua.